Petikan
Kaum-kaum Di Malaysia
Kaum
Kadazan
Kumpulan
etnik yang terbesar adalah kaum Kadazandusun yang merupakan satu pertiga dari
jumlah penduduk Sabah. Mereka adalah petani secara tradisi yang menanam padi
sawah dan huma dan sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai.
Berbagai-bagai kumpulan kecil dalam kumpulan Kadazandusun merangkumi kaum
Kadazan di Penampang dan Papar, Rungus dan kumpulan kecil yang lain di
Tempasuk, Tambunan, Ranau dan daerah-daerah lain dengan sistem kepercayaan yang
sama dengan beberapa variasi dari segi adat dan amalan.
Kaum
Iban
Kaum
Bumiputera terbesar di Sarawak ialah Iban. Mereka tinggal di rumah panjang, dan
menetap di Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula tinggal di barat
daya Sarawak. Orang Asli tinggal di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka
merupakan pengumpul hasil hutan, hidup seperti nomad, dan bercucuk tanam. Walaubagaimanapun,
mereka kekal sebagai kumpulan etnik yang mempunyai pendapatan terendah
berbanding kumpulan etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan sistem
ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai.
Kaum
India
Kebanyakannya
beragama Hindu, bercakap Tamil, Malayalam, dan Hindi, dan tinggal di bandar
bandar besar di pantai barat semenanjung. Selain itu, ada juga kaum Sikh,
Serani dan kaum bumiputera lain.
Kaum
Cina
Kaum
Cina pula mewakili 25% penduduk Malaysia. Kebanyakan kaum Cina berkepercayaan
Buddha, Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis dalam lebih
menguasai bidang ekonomi.
Kaum
Melayu
Kaum Melayu ialah
masyarakat terbesar dengan mencapai 60% daripada populasi Malaysia. Melayu
beragama Islam,dan berbahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment